80 Kata-Kata Motivasi | Semangat | Inspirasi Untuk Pelajar

80 Kata-Kata Motivasi | Semangat | Inspirasi Untuk Pelajar

  1. "Sebaik sahaja anda belajar membaca, anda akan bebas selamanya," - Frederick Douglass
  2. "Pelajaran adalah pasport untuk masa depan, hari esok adalah untuk orang yang memiliki pelajaran pada hari ini," - Malcolm X
  3. "Pendidikan bermakna cahaya dan kebebasan. Ia bermaksud meningkatkan jiwa manusia ke dalam cahaya kebenaran yang mulia, cahaya yang mana dapat membebaskan manusia dari halangan dalam hidup,"-Frederick Douglass
  4. "Kami mungkin boleh menjelaskan maksud kejayaan dengan satu perkataan dan perkataan itu adalah USAHA! USAHA!! USAHA !!! USAHA !!!!" – Frederick Douglass
  5. "Baca! Baca! Baca! Jangan berhenti sehingga anda menemui pengetahuan mengenai Alam Semesta," – Marcus Garvey
  6. "Jika anda tidak mempunyai keyakinan diri, anda kalah dua kali dalam kehidupan," – Marcus Garvey
  7. "Orang yang tidak mengetahui sejarah masa lalu mereka, asal dan budaya adalah seperti pokok tanpa akar," – Marcus Garvey
  8. "Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan. Pengetahuan adalah terhad kepada semua yang kita tahu dan fahami sementara imaginasi merangkumi seluruh dunia, dan semua yang akan ada untuk diketahui dan difahami," – Albert Einstein
  9. "Terdapat dua jenis orang di dunia ini: mereka yang ingin menyiapkan sesuatu dan mereka yang tidak mahu melakukan kesalahan," - John Maxwell
  10. "Pendidikan adalah kerja menguruskan diri dengan membantu manusia dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan kehidupan," – Maria Montessori
  11. "Tiada jalan pintas ke mana-mana tempat yang indah," - Beverly Sills
  12. "Tiada pengganti untuk berusaha bersungguh-sungguh," - Thomas Edison
  13. "Seluruh halangan wujud kerana kebanyakan orang tidak pernah bersama dan duduk semeja untuk bersatu, memecahkan masalah bersama-sama, dan meraikan perbezaan dan persamaan mereka," - Oprah Winfrey
  14. "Satu-satunya tempat di mana kejayaan datang sebelum usaha adalah di dalam kamus," - Vidal Sassoon
  15. "Jangan katakan anda tidak mempunyai masa yang mencukupi. Anda mempunyai bilangan jam yang sama setiap hari yang diberikan kepada Helen Keller, Pasteur, Michelangelo, Ibu Teresea, Leonardo da Vinci, Thomas Jefferson, dan Albert Einstein," - H. Jackson Brown Jr.
  16. "Orang mungkin kelihatan berbeza atau berpakaian berbeza, atau mungkin mempunyai pendidikan atau kedudukkan yang berbeza. Tetapi mereka semua sama. Mereka semua adalah untuk disayangi. Mereka semua perlukan kasih sayang," – Mother Teresa
  17. "Cabaran menjadikan hidup sesuatu yang menarik. Mengatasi masalah menjadikan kehidupan menjadi lebih bermakna," - Joshua J. Marine
  18. "Saya telah gagal berulang kali dalam hidup saya. Dan itulah sebabnya saya berjaya,"- Michael Jordan
  19. "Kepelbagaian: seni berfikir secara bebas bersama-sama," - Malcolm Forbes
  20. "Kita semua mungkin datang dari tempat yang berlainan tetapi kita berada di tempat yang sama sekarang," - Rev. Martin Luther King, Jr.
  1. "Saya tidak mengukur kejayaan seorang lelaki dengan seberapa tinggi gunung yang didaki tetapi mengukur berapa kali dia bangun ketika dia terjatuh," - George S. Patton
  2. "Perkara yang menarik tentang peajaran adalah tidak ada yang dapat mengambilnya daripada anda," - B.B. King
  3. "Seorang pemimpin adalah seseorang yang mengawal diri sendiri dan tidak membenarkan sesiapa untuk meletakkan halangan bagi mencapai kejayaan," – Paulette Brown
  4. "Semua orang boleh menjadi hebat kerana semua orang boleh membantu orang lain," – Rev. Dr. Martin Lither King, Jr.
  5. "Seorang lelaki yang mahu memimpin orkestra mesti mengabaikan penonton," – James Crook
  6. "Saya belajar menilai kerja keras dengan bekerja keras," – Margaret Mead
  7. "Anda mesti bangun setiap pagi dengan tekad menyiapkan perkara yang perlu diselesaikan jika anda ingin tidur dengan puas," – George Horace Lorimer
  8. "Jangan berputus asa walaupun anda perlu melalui neraka. Terus berusaha," - Winston Churchill
  9. "Keberanian anda lebih tinggi daripada yang anda percaya, lebih kuat daripada yang anda fikir, dan lebih bijak dari yang anda fikirkan," – Christopher Robin
  10. "Kegagalan adalah peluang untuk bermula dari awal dengan lebih bijak," - Henry Ford
  11. "Tiada apa-apa yang berhasil kecuali anda sendiri yang berusaha," – Maya Angelou
  12. "Kepimpinan adalah keupayaan untuk melihat masalah dan kemudian mencari penyelesaian dan mengambil TINDAKAN - tanpa berehat dan berharap serta menunggu orang lain untuk mengatasinya," – Evangeline Mitchell
  13. "Anda tidak tenggelam jika terjatuh ke dalam air. Anda tenggelam jika tidak ke mana-mana," - Ed Cole
  14. "Jangan berharap keadaan menjadi lebih mudah. Berharaplah anda menjadi lebih baik," - Jim Rohn
  15. "Kejayaan terhasil dengan jumlah usaha kecil, berulang kali pada setiap hari," - Robert Collier
  16. "Saya mendapati bahawa lebih tekun saya berusaha, lebih banyak nasib baik yang saya dapat," - Thomas Jefferson
  17. "Saya telah belajar awal dalam hidup bahawa jika anda mahu sesuatu, anda perlu membuat bunyi bising," – Malcolm X
  18. "Kebebasan yang kita cari adalah kebebasan untuk menjadi diri sendiri, untuk membuktikan pada diri kita sendiri," – Don Miguel Ruiz
  19. "Rahsia kejayaan adalah melakukan perkara biasa ditempat yang berbeza," - John D. Rockefeller
  20. "Orang yang berjaya dan gagal tidak banyak bergantung kepada kebolehan mereka. Mereka berbeza dalam keinginan mereka untuk menggunakan potensi mereka,"- John Maxwell/li>
  1. "Mula berusaha di mana sahaja anda berada. Gunakan apa yang anda ada. Lakukan apa yang anda mampu," - Arthur Ashe
  2. "Jangan biarkan perkara yang tidak dapat dilakukan oleh anda mengganggu perkara yang mampu anda lakukan," - John Wooden
  3. "Banyak kegagalan dalam kehidupan kerana orang ramai tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan apabila mereka berhenti," - Thomas A. Edison
  4. "Jangan memandang rendah pada diri sendiri. Ramai orang membataskan diri dengan apa yang mereka fikir mereka mampu lakukan. Anda boleh pergi jauh dengan sejauh fikiran anda mengenai diri anda. Apa yang anda percaya anda mampu, anda boleh mencapainya," - Mary Kay Ash
  5. "Bina semangat untuk belajar. Sekiranya anda berbuat demikian, anda tidak akan berhenti menjadi lebih baik," - Anthony J. D'Angelo
  6. "Manusia bukan sahaja perlu tahu, mereka mesti bertindak," – W.E.B. Dubois
  7. "Semangat bukanlah sebuah kapal yang perlu diisi minyak tetapi perlu dibakar," - Plutarch
  8. "Dengan cara yang lembut, anda boleh menggoncang dunia," – Mahatma Gandhi
  9. "Kemuliaan kita yang paling besar bukanlah tidak pernah gagal, tetapi sentiasa bangun apabila setiap kali gagal," - Confucius
  10. "Kesilapan adalah pintu untuk penemuan baru," - James Joyce
  11. "Belajar dari semalam. Hidup untuk hari ini. Harapan untuk esok," - Albert Einstein
  12. "Anda tidak belajar berjalan dengan mengikut peraturan. Anda belajar dengan melakukan dan setiap kali anda jatuh," - Richard Branson
  13. "Kehidupan adalah batu permata. Anda memutuskan sama ada menjadikan kehidupan anda terus berada di bawah tanah atau menjadikannya berharga," - Cavett Robert
  14. "Anda tidak kehilangan apa-apa ketika bertarung dengan tujuan yang jelas ... Dalam fikiran saya, orang yang kalah adalah mereka yang tidak mempunyai tujuan mereka perlu bertarung," – Muhammad Ali
  15. "Tindakan positif anda digabungkan dengan hasil pemikiran positif menghasilkan kejayaan," - Shiv Khera
  16. "Terima kenyataan dan hargai kemampuan anda sendiri. Berhenti menunggu orang lain memberitahu anda betapa hebatnya anda! Percayalah diri anda mengenai kemampuan anda sendiri," - Iyanla Vanzant
  17. "Definisi kebebasan yang baru pada hari ini adalah menentukan kehidupan sendiri," – John Hope Bryant
  18. "Jika anda tidak menyukai sesuatu, ubahnya. Jika anda tidak boleh mengubahnya, ubah sikap anda. Jangan mengadu," – Maya Angelou
  19. "Apa yang kita pelajari dengan gembira tidak dapat dilupakan," - Alfred Mercier
  20. "Kunci sebenar untuk mempelajari sesuatu dengan cepat adalah dengan memberi perhatian dan belajar dengan bijak," - Lindsay Kolowich
  1. "Tiada apa-apa yang dapat memadamkan cahaya yang bersinar dari dalam," – Maya Angelou
  2. "Hakikatnya, sama ada anda tidak berubah atau menjadi lebih baik," – Justice Alan C. Page
  3. "Tindakan kecil, apabila dilakukan oleh berjuta-juta orang, boleh mengubah dunia," – Howard Zinn
  4. "Berdiam diri adalah sumber kekuatan yang hebat," – Lao Tzu
  5. "Semua orang berfikir untuk mengubah dunia tetapi tiada orang yang berfikir untuk mengubah diri sendiri," – Leo Tolstoy
  6. "Terdapat dua jenis orang iaitu mereka yang melakukan kerja dan mereka yang mengambil nama dari usaha orang lain. Cuba berada di kumpulan pertama; terdapat kurang persaingan di sana," – Indira Gandhi
  7. "Pelajaran adalah senjata paling kuat yang boleh anda gunakan untuk mengubah dunia," - Nelson Mandela
  8. "Pemimpin boleh mengubah dunia jika mereka tidak mengubah pendirian," – Saran Crayton
  9. "Jika ada sesuatu yang anda mahu, lakukan sesuatu untuk mencapainya sekarang - bermula hari ini," – Evangeline Mitchell
  10. "Guru membuka pintu tetapi anda mesti memasuki sendiri," - Peribahasa Cina
  11. "Pembelajaran tidak pernah dilakukan tanpa kesilapan dan kegagalan," - Vladimir Lenin
  12. "Ucapan mempunyai kuasa. Kata-kata tidak pudar. Apa yang bermula sebagai bunyi berakhir dengan perbuatan," – Rabbi Heschel
  13. "Kehidupan saya adalah mesej saya," – Mohandas Gandhi
  14. "Saya sentiasa tertanya-tanya mengapa seseorang tidak melakukan sesuatu yang perlu dilakukan, maka saya menyedari bahawa saya bukanlah orang biasa," – Lily Tomlin
  15. "Tanggungjawab pertama pemimpin adalah untuk menentukan realiti. Yang terakhir ialah mengucapkan terima kasih. Di antara keduanya, pemimpin menjadi pelayan," – Max DePree
  16. "Seorang pemimpin adalah orang yang mengetahui jalannya, melalui jalannya, dan menunjukkan jalannya," – John Maxwell
  17. "Kita belajar lebih banyak dengan mencari jawapan kepada soalan dan tidak menemui jawapannya berbanding dengan apa yang kita belajar dari jawapan itu sendiri," - Lloyd Alexander
  18. "Saya harap kekuatan anda sama dengan kecerdasan anda. Saya ingin kejayaan anda sama dengan bakat dan tekad anda. Dan saya harap kamu berjaya," – Betty Shabazz
  19. "Saya sentiasa mahu menjadi lebih baik pada hari esok daripada hari semalam," – Sidney Poitier
  20. "Sesiapa yang mengabaikan pelajaran pada masa muda, kehilangan masa lalu dan sudah mati untuk masa depan," - Euripides

Comments